Malaysia Akan Guna Adikomputer Dalam Meramal Cuaca Dan Banjir 14 Hari Lebih Awal, Menjelang 2027

LocalTechnology
8 Oct 2025 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam kini berkongsi mengatakan Malaysia akan menggunakan sebuah sistem ramalan cuaca numerikal baharu yang dikuasakan oleh adikomputer (super komputer), sekaligus membolehkan ramalan cuaca dikeluarkan seawal 14 hari lebih awal. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan berganda berbanding ramalan cuaca pada masa kini dengan sistem sedia ada yang mengeluarkan ramalan sekitar tujuh hari lebih awal.

Untuk tujuan ini, adikomputer berkelajuan 6 Petaflops akan digunakan. Adikomputer tersebut akan ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam, Kulim, Kedah. Sistem ramalan baharu ini juga akan menggunakan teknologi HPC (High Performance Computing), selain dilengkapi sokongan kecerdasan buatan dan analitik data raya. Ini sekaligus membolehkan ramalan cuaca dilakukan dengan lebih baik dan jitu.

Perkembangan ini juga akan membolehkan rakyat lebih bersedia awal, terutamanya sekiranya lokasi mereka dikategorikan sebagai berisiko banjir.

Sistem baharu ini dijangka siap menjelang 2027 kelak.