Malaysia Akan Terus Jaga Hubungan Rapat Dengan Amerika Syarikat & China

Politics
15 Nov 2023 • 11:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia akan terus jaga hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan China tanpa perlu dipaksa untuk membuat pilihan memihak kepada mana-mana negara.

Menurut laporan Harian Metro, pendirian itu dilakukan demi menjaga kestabilan ekonomi negara yang akan memberi manfaat yang lebih besar dan strategik pada masa akan datang.

Malaysia akan meneruskan pendekatan hubungan dengan kedua-duanya secara pragmatik dan berhemat selaras peningkatan persaingan strategik antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia jaga hubungan Amerika Syarikat & China

image is not available

“Kita bekerjasama dengan rakan-rakan untuk meminimumkan risiko – iaitu konflik langsung atau pemecahan ekonomi global kepada blok-blok tertentu.

“Tiada keadaan berkenaan yang akan terjadi dalam tempoh terdekat, tetapi sangat berkemungkinan dengan keadaan tekanan yang semakin memuncak dewasa ini.

“Saya tak percaya konflik bersenjata antara kuasa-kuasa besar tidak dapat dielakkan, dan negara-negara berkecuali seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan tekanan menerusi diplomasi kreatif,” katanya.

image is not available

Difahamkan, lebih 250 penuntut universiti hadir mendengar ucapan beliau bertajuk Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific: The View from Southeast Asia.

Sumber: Harian Metro (Sharanjit Singh)