Malaysia Antara Negara Dengan Angka Pengguna TikTok Tinggi Di Dunia – Lebih 19.3 Juta Pengguna

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 5:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui data terkini yang dihimpunkan oleh Statista setakat penghujung Januari 2023, ia memperlihatkan Malaysia mempunyai seramai 19.3 juta pengguna aktif pada platform TikTok. Ini sekaligus meletakkan Malaysia sebagai antara 20 negara dengan angka pengguna TikTok yang tinggi di dunia.

TikTok merupakan aplikasi dibawah Bytedance yang memposisikan aplikasi mereka sebagai aplikasi hiburan dan juga edagang. Melaluinya, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan dalam format video, disamping turut melakukan pembelian barangan melalui TikTok Shop.

image is not available

Selain Malaysia, Indonesia menduduki tangga kedua dengan angka pengguna mencapai 109.9 juta, dan Amerika Syarikat pada tangga pertama dengan 113.25 juta pengguna aktif.

Ini merupakan angka sekitar bulan Januari lepas, dan berkemungkinan kini angka telah memperlihatkan perubahan besar. Mengikut TikTok sendiri, rantau Asia Tenggara mempunyai seramai 325 juta pengguna aktif setakat pertengahan tahun 2023 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved