Malaysia & ASEAN pilih diplomasi, elak perang ‘Tarif Trump’ -Tengku Zafrul

LocalPolitics
21 Apr 2025 • 7:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia bersama negara-negara ASEAN pilih diplomasi dan menegaskan komitmen mereka untuk tidak terlibat dalam perang tarif yang dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

image is not available

Pilih diplomasi, cari penyelesaian beri keuntungan kedua-dua pihak

Memetik laporan dari Malaysia Gazette,Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan mereka memilih pendekatan diplomasi dan rundingan untuk mencapai penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua pihak.

“Perlu saya tegaskan sekali lagi bahawa Malaysia, bersama rakan-rakan ASEAN, tidak akan melaksanakan sebarang tarif balas. Dari sudut pandang ASEAN, tindakan balas sedemikian adalah tidak membina dan hanya akan memburukkan keadaan.

“Sebaliknya, rantau ini memilih pendekatan yang konstruktif dan berpandangan jauh ke hadapan dalam berinteraksi dengan Amerika Syarikat dengan matlamat memperkukuh hubungan ekonomi dan menangani cabaran bersama secara berhemah,” ujarnya.

Malaysia & ASEAN pilih diplomasi, tak akan laksana tarif balas

Zafrul juga menegaskan bahawa ASEAN tidak akan melaksanakan tarif balas, kerana tindakan tersebut hanya akan memburukkan keadaan.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam sidang media selepas Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Beliau turut memakmumkan bahawa ASEAN lebih memilih pendekatan yang konstruktif untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan AS dan menangani cabaran bersama secara bijaksana.

“Dari sudut pandang ASEAN, tindakan balas sedemikian adalah tidak membina dan hanya akan memburukkan keadaan,” katanya.

image is not available

Beliau turut mengakui bahawa isu tarif ini merupakan ujian besar terhadap kesatuan ASEAN dalam menghadapi cabaran global, tetapi masing-masing pilih diplomasi dalam mencari kata putus berkenaan isu terbabit.

Namun, beliau juga memuji semangat kebersamaan yang ditunjukkan negara-negara ASEAN dalam menangani isu ini, menunjukkan bahawa rantau ini tetap teguh sebagai satu entiti yang bersatu.

Tump kenakan tarif 24% kepada Malaysia

Trump sebelum ini mengumumkan pelaksanaan tarif 10 peratus ke atas semua negara, dengan Malaysia dikenakan tarif 24 peratus.

image is not available

Walau bagaimanapun, Zafrul menegaskan bahawa Malaysia dan ASEAN akan terus berusaha untuk mencari penyelesaian yang adil dan saksama, sama ada secara dua hala atau pelbagai hala.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)