Malaysia Bekerjasama Dengan Arm Bagi Perkongsian Pengetahuan Dan Lesen Teknologi Semikonduktor

TechnologyDigital
5 Mar 2025 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia kini memeterai perjanjian dengan Arm Holdings, dalam usaha memposisikan Malaysia sebagai destinasi untuk penghasilan dan pengeluaran semikonduktor. Untuk tujuan berkenaan, Malaysia akan memperuntukkan $250 juta sepanjang tempoh 10 tahun kepada Arm, dan mendapatkan akses kepada pelbagai pengetahuan dan juga lesen melibatkan semikonduktor.

Kaedah ini dijangka digunakan dalam terus meningkatkan pengetahuan tempatan, selain membantu syarikat dan firma tempatan dalam merekabentuk cip mereka tersendiri. Malaysia sendiri menyasarkan untuk mengeksport sehingga $270 bilion melibatkan semikonduktor sahaja, menjelang 2030 kelak.

Selari pelaburan ini, kerajaan menyasarkan untuk membentuk sehingga 10 syarikat cip yang mempunyai pendapatan tahunan sekitar $20 bilion.

Pada hari ini, Malaysia sedia mengeluarkan sejumlah cip yang digunakan pada pelbagai peranti. Namun, kita masih ketinggalan dari segi rekabentuk cip – dan langkah ini dijangka akan memacu kepada negara merekabentuk cip.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved