Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS

LocalPolitics
8 Feb 2023 • 7:35 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BORACAY (Filipina): Malaysia berminat meneroka teknologi baharu dalam 5G serta bidang penyiaran dari Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Seri Mohammad Mentek.

Semasa kunjungan hormat oleh delegasi AS di luar Mesyuarat Pegawai Kanan Digital ASEAN Ketiga (ADGSOM) di sini hari ini, Mohammad bercakap mengenai rancangan Malaysia berkaitan ekonomi digital dan menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau turut bercakap mengenai keselamatan siber, perlindungan data dan program antipenipuan sambil menekankan bahawa Malaysia berminat untuk meneroka kesemua bidang ini.

Pada mesyuarat itu, Timbalan Penolong Setiausaha bagi Dasar Maklumat dan Komunikasi Antarabangsa AS Steve Lang, yang mengetuai delegasi negara berkenaan, mempelawa Malaysia menyertai satu siri bengkel bermula dengan Memudahkan Aliran Data Rentas Sempadan di Asia Tenggara.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Antarabangsa KKD Mano Verabathran dan Pegawai Ekonomi Misi AS ke ASEAN Henry Fung. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved