
Malaysia menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran LS2 Asia & Oceania International Convention 2026 yang berlangsung selama beberapa hari lalu 23-24 Julai 2026, dengan menghimpunkan wakil LS2 dari pelbagai negara termasuk delegasi antarabangsa dari Eropah seperti Itali dan Perancis.
Acara yang menghimpunkan rangkaian pengedar, rakan strategik serta komuniti LS2 dari seluruh dunia ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan hubungan global jenama tersebut, selain berkongsi perkembangan terkini dalam industri motosikal.
Sepanjang konvensyen berlangsung, LS2 Global turut memperkenalkan barisan produk terbaharu termasuk koleksi helmet, pakaian menunggang Winter & Summer Apparel Collection serta aksesori generasi terkini yang menampilkan pelbagai penambahbaikan dari segi teknologi, keselamatan, keselesaan dan gaya.





Selain pelancaran produk baharu, acara ini turut menjadi medan pertemuan antara wakil LS2 dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan pasaran, strategi masa depan serta inovasi yang bakal diperkenalkan kepada penunggang di seluruh dunia.
Penganjuran LS2 Asia & Oceania International Convention 2026 di Malaysia sekali lagi memperlihatkan peranan negara ini sebagai salah satu lokasi penting dalam industri permotoran serantau, selain membuktikan keyakinan jenama antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia menganjurkan acara bertaraf global.
Dengan berakhirnya konvensyen ini, LS2 Global membawa pulang bukan sahaja pelancaran produk dan teknologi terkini, tetapi juga semangat kerjasama antara komuniti LS2 dari seluruh dunia.
The post Malaysia Berjaya Jadi Tuan Rumah LS2 Asia & Oceania International Convention 2026, Himpunkan Komuniti LS2 Global appeared first on TW Media.



