Malaysia berpotensi jadi hab keilmuan Islam antarabangsa - Mohd Na'im

11 Jul 2025 • 12:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Na'im.

KUALA LUMPUR - Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai hab keilmuan Islam antarabangsa menerusi pendekatan yang sederhana, progresif dan inklusif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menerusi perkongsian di platform X, Mohd Naim berkata, sumbangan sebanyak 235 jilid Hui Muslim Canon daripada delegasi China justeru satu langkah besar ke arah memartabatkan warisan keilmuan Islam di persada dunia.

Delegasi itu diketuai Naib Pengerusi China Cuisine Association, Ma Zhijun.

Mohd Naim berkata, koleksi keilmuan Islam yang dikarang oleh sarjana Hui Muslim selama lebih seribu tahun itu bukan sahaja memperkayakan khazanah ilmu di negara ini malah menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam Timur dan Alam Melayu.

"Inisiatif ini mencerminkan semangat Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam yang meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh ukhuwah dan memperteguh perpaduan sejagat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved