Malaysia bimbang keganasan terbaharu di Baitulmaqdis Timur

31 Jan 2023 • 10:13 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PUTRAJAYA: Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia sentiasa menentang sebarang tindakan permusuhan yang menyasarkan orang awam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam.

Ketegangan yang sedang berlaku di Baitulmaqdis Timur secara langsung berpunca daripada pendudukan haram israel yang berterusan dan dasar apartheid penjajah, pencemaran Al-Aqsa serta pencerobohan dan provokasi berterusan terhadap Palestin.

Pendudukan mesti ditamatkan untuk mengelak kitaran keganasan.

Malaysia menggesa sekatan sepenuhnya dilaksanakan sambil menegaskan perlunya usaha untuk mengurangkan ketegangan dengan rejim Israel segera menghentikan provokasi dan tindakan unilateral demi kepentingan keamanan dan keselamatan.

Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara merdeka mereka sendiri berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.