Malaysia-China tekad perkukuh hubungan baik - Anwar

Politics
14 Dec 2022 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing bersama delegasinya pada Selasa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya pada Rabu, Anwar memaklumkan, beliau telah menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing bersama delegasinya pada Selasa serta mengadakan perbincangan semasa pertemuan tersebut.

Perbincangan itu adalah mengenai kerjasama dua hala terutamanya bagi menarik pelaburan dan memperkukuhkan hubungan perdagangan serta meningkatkan hubungan sesama rakyat. - Bernama