Malaysia Cipta Rekod Dunia, 685 Spider-Man ‘Bersarang’ Di AEON Bukit Tinggi

4 Jun 2023 • 6:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Malaysia Cipta Rekod Dunia, 685 Spider-Man ‘Bersarang’ Di AEON Bukit Tinggi

KLANG — Malaysia mencipta rekod dunia apabila berjaya mengumpulkan “Cosplayer” Spider-Man terbanyak di dunia di pasar raya AEON Bukit Tinggi.

Cipta Rekod Dunia, Malaysia Jadi “Sarang” Spider-Man

Bertempat di pasar raya tersebut, seramai 685 orang pemakai kostum watak adiwira Avengers tersebut dilaporkan hadir. Jumlah itu menobatkan Malaysia sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai ‘pengumpul Spider-Man terbanyak.

Perkara itu turut diumumkan oleh Pasar Raya AEON Bukit Tinggi dalam satu hantaran di Facebook.

image is not available
Gambar: Facebook AEON Mall

image is not available
Gambar: Facebook AEON Mall

“Ya! Kami berjaya lakukan, Semua!.

“Rekod Guinness Dunia: Perhimpunan Terbesar dalam kostum Spider-Man (AEON MALL x SONY PICTURES).

“685 peserta!,” maklum kenyataan tersebut.

image is not available
Gambar: Facebook AEON Mall

Difahamkan, kira-kira lebib 1,000 pengunjung hadir ke AEON MALL Bukit Tinggi bagi menyaksikan dan meraikannya.

Pihak pengurusan pasar raya tersebut turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang berjaya dicapai itu.

image is not available
Gambar: Facebook AEON Mall

“Terima kasih semua kerana menjayakan program ini. Ia sungguh meriah, sangat menyeronokkan dan kami sangat berbangga kerana dapat mengumpulkan semua orang di Malaysia untuk memecahkan rekod dunia,” maklum kenyataan tersebut.

Kempen Spider-Man

Untuk makluman, kempen yang bertemakan “Spider-Man Across the Spider-Verse” telah berlangsung dari 5 Mei lalu dan tamat pada 30 Jun 2023.

image is not available
Gambar: Facebook AEON Mall

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sana dan hanya mempunyai empat lokasi pasar raya AEON terpilih sahaja sepanjang kempen ini berlangsung.

Empat pasar raya AEON yang terpilih termasuklah AEON MALL Bukit Tinggi, AEON MALL Bukit Indah, AEON MALL Stesen Ipoh dan AEON MALL Seri Manjung.

GSC Umum Tayangan Spider-Man Dalam Bahasa Tamil

Kurang seminggu lalu, Golden Screen Cinemes (GSC) mengumumkan bahawa pihaknya tayangan filem animasi SpiderMan: Across the Spider-Verse (2023) terdapat dalam versi bahasa Tamil.

Walau bagaimanapun, tayangan tersebut hanya ditayangkan dalam tempoh dan lokasi yang terhad sahaja.

Difahamkan, antara lokasi yang dipilih untuk tayangan filem SpiderMan: Across the Spider-Verse (2023) veris Tamil ialah, GSC NU Sentral, GSC Quill City Mall dan GSC Summit USJ.

“Pembelian tiket akan dibuka tidak lama lagi. Jumpa lagi kawan-kawan!,” maklum GSC