Malaysia Dan Arab Saudi Bincangkan Kerjasama Dua Hala Dalam Sektor Pertanian

10 May 2024 • 3:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Malaysia Dan Arab Saudi Bincangkan Kerjasama Dua Hala Dalam Sektor Pertanian

PUTRAJAYA, 8 MEI 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat dari Menteri Perdagangan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Al-Kassabi di Wisma Tani, Putrajaya pada 7 Mei 2024.

Arab Saudi menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia selain menjadi destinasi eksport ketiga terbesar serta sumber import terbesar di kalangan negara-negara Asia Barat. Data perdagangan pertanian menunjukkan nilai eksport dari Malaysia ke Arab Saudi sebanyak RM2.64 bilion yang mana memberikan sumbangan positif kepada perdagangan Malaysia.

image is not available

Pertemuan sulung pemimpin-pemimpin tersebut membahas kerjasama dua hala, fokusnya pada sektor pertanian, penyelidikan, dan pengembangan akses pasaran. YB Menteri memfokuskan potensi barangan eksport Malaysia ke Arab Saudi, termasuk buah-buahan tropika seperti nangka dan nanas, produk nilai tambah haiwan serta makanan haiwan termasuk makanan berasaskan protein serangga, produk sedia untuk dimakan (ready-to-eat), telur, tenusu, dan produk akuatik seperti ikan patin sejuk beku.

image is not available

Pihak MARDI berhasrat untuk meneruskan kerjasama antara National Research and Development dan ESTIDAMAH terutama dalam pengimportan keratan buah naga dan sarang lebah madu.

Arab Saudi juga telah berkongsi inisiatif inovasi Wawasan 2030 mereka yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia, fokusnya dalam bidang pertanian, serta membuka peluang usaha sama baru antara kedua negara dalam pertemuan tersebut.

image is not available

image is not available

Di akhir pertemuan, YB Menteri telah menjemput TYT Dr. Majid ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September 2024 dan turut mempelawa penyertaan pihak Arab Saudi dalam acara dwitahunan tersebut.

Hadir sama dalam pertemuan ini Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar , YBrs. Dr. Akma binti Ngah Hamid serta pegawai-pegawai KPKM.