Malaysia Dan Timor-Leste Kerjasama Perkukuh Pembangunan Luar Bandar

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 9:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Dan Timor-Leste Kerjasama Perkukuh Pembangunan Luar Bandar

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) Berkaitan Kerjasama Dalam Bidang Pembangunan Luar Bandar dengan Republik Demokratik Timor-Leste pada 28 Oktober 2025.

Pemeteraian MoU pertama di peringkat antarabangsa ini mencerminkan langkah signifikan KKDW dalam memperkukuh jalinan strategik kementerian di peringkat global.

Kerajaan Malaysia telah diwakili oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Kerajaan Timor-Leste telah diwakili oleh TYT Dr. Bendito dos Santos Freitas, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama.

MoU ini juga sebagai tanda simbolik KKDW mengalu-alukan keanggotaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN pada 26 Oktober 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Pemeteraian MoU ini menjadi langkah permulaan yang kritikal bagi kedua-dua negara dalam isu pembangunan luar bandar.

Justeru, MoU ini menggariskan pelbagai skop kerjasama antaranya melibatkan pembangunan modal insan, transformasi digital, pertumbuhan ekonomi serta pertukaran ilmu yang bertujuan untuk memajukan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

MoU ini juga akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam tempoh yang panjang dalam hal pembangunan masyarakat luar bandar yang lebih inklusif dan mampan.