Malaysia di ranking 45 skor halangan perdagangan antarabangsa

12 May 2023 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Di peringkat Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan kedudukan kedua selepas Singapura. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Malaysia berada di kedudukan ke-45 daripada 88 negara Indeks Halangan Perdagangan Antarabangsa (TBI) 2023 dikeluarkan oleh Yayasan Tholos di Washington D.C.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito berkata, peringkat Asia Tenggara pula, Malaysia mencatatkan kedudukan kedua selepas Singapura, namun jarak bagi kedua-dua negara masih jauh.

“Malaysia mencatatkan nilai indeks 3.88 mata, yang mana lebih baik daripada purata global (3.95), kumpulan serantau Asia Timur dan Pasifiknya (4.0) dan kumpulan berpendapatan sederhana atas (4.22).

“Indeks baharu itu menggunakan sumber data terkini Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dan Organisasi Ekonomi Antarabangsa (OECD) yang mengukur halangan bukan tarif dan sekatan perkhidmatan menjadikan perbandingan penuh dengan edisi terbitan terakhir tahun 2021,” katanya.

Dedah Carmelo skor tarif Malaysia bertambah buruk tahun ini dengan dua peratus, namun menunjukkan perubahan baik dalam kemudahan iaitu 2.5 peratus.

Katanya, Malaysia juga terdedah eksploitasi sindiket jenayah antarabangsa yang mengambil kesempatan daripada persekitaran kastam dan akses pasaran besar lain.

“Jika Malaysia meningkatkan pemantauan kastam dan penguatkuasaan perdagangan, ia boleh membendung isu dagangan haram,” katanya.

View Original Article