Malaysia dituntut manfaatkan pasaran modal percepat penguasaan teknologi cip dunia — Persatuan Industri Semikonduktor

LocalTechnology
10 Jun 2026 • 11:41 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia dituntut manfaatkan pasaran modal percepat penguasaan teknologi cip dunia — Persatuan Industri Semikonduktor Image from: Malaysia dituntut manfaatkan pasaran modal percepat penguasaan teknologi cip dunia — Persatuan Industri Semikonduktor amree10/06/2026 - 11:41 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Jun – Malaysia perlu memanfaatkan pasaran modal secara lebih agresif untuk terus memperoleh aset teknologi dan mempercepatkan pembangunan industri semikonduktor negara.

 

Gesaan itu disuarakan Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai kerana pelaburan baharu memerlukan tempoh lebih panjang sebelum dapat menerbitkan hasil.


Pendekatan pengambilalihan teknologi melalui usaha sama (JV), kerjasama strategik dan pembelian aset sedia ada turut mampu mempercepatkan pembangunan keupayaan industri semikonduktor tempatan.


“Saya bersetuju teknologi boleh diperoleh melalui JV dan kolaborasi, jauh lebih pantas berbanding dibangunkan semua sendiri dari awal,” katanya pada Invest Malaysia Kuala Lumpur Conference 2026.


Tambah Siew Hai, syarikat Malaysia wajar meneroka peluang kerjasama dengan pemain teknologi dari Amerika Syarikat (AS), Eropah, China dan Taiwan bagi memperoleh kepakaran yang diperlukan industri.


Menurutnya, pasaran modal juga boleh memainkan peranan dalam membiayai pengambilalihan perniagaan bukan teras dilepaskan syarikat multinasional (MNC) ketika proses penstrukturan semula korporat.


Malaysia ujarnya, perlu proaktif mengenal pasti peluang sedemikian dan menggunakan pasaran modal untuk membiayai pengambilalihan pengurusan, penyenaraian syarikat serta pelan pengembangan.

 


semikonduktor_DagangNews2026



Pembiayaan Semikonduktor Perlu Pendekatan Serantau

"Antara contohnya keputusan Advanced Micro Devices (AMD) pernah melepaskan operasi pembuatan termasuk kemudahan di Pulau Pinang yang akhirnya diambil alih syarikat dari China," kata Siew Hai.


Pelanggannya jelas beliau, masih AMD dan kilang itu sudah berada di Malaysia, namun syarikat Malaysia tidak mengambil peluang tersebut dan mendapatkan pembiayaan melalui pasaran modal.


Dalam pada itu, Pengerusi Institute for Capital Market Research Malaysia (ICMR), Tan Sri Munir Majid berpandangan pembangunan ekosistem pembiayaan semikonduktor memerlukan pendekatan serantau.


Platform dagangan, penjelasan dan transaksi lebih bersepadu di peringkat ASEAN berpotensi menarik banyak penyenaraian syarikat semikonduktor dunia serta meningkatkan penyertaan pelabur serantau.


“Industri semikonduktor ASEAN banyak mengeksport produk ke AS, dan China, terdapat asas kukuh untuk pelabur digalakkan turut mengambil bahagian dalam pertumbuhan industri tersebut,” tambahnya.


Bagaimanapun, usaha mewujudkan integrasi pasaran modal ASEAN diakui berdepan cabaran tersendiri, terutama apabila negara anggota masing-masing mempunyai strategi pembangunan pasaran yang berbeza.


Cabaran itu hadir ketika Malaysia berusaha mengukuhkan posisi sebagai hab semikonduktor serantau, berdepan perubahan rantaian bekalan global dan peningkatan persaingan teknologi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved