Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia

16 Jun 2024 • 7:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malaysia di tangga ke-10 negara paling aman di dunia

Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia. Dilaporkan, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10 Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) sebagai antara negara paling aman di dunia.

Menerusi data GPI 2024 yang telah dimuat naik oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) pada laman web rasminya, Malaysia memperoleh skor sebanyak 1.427 dalam indeks tersebut.

image is not available
Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia. Sumber foto: Britannica

Iceland duduki tangga pertama

Negara yang menduduki tempat pertama negara paling aman ialah Iceland, diikuti oleh Ireland dan seterusnya, Austria, New Zealand, Singapura, Switzerland, Portugal, Denmark dan Slovenia.

Dalam masa yang sama, GPI 2024 mendapati dunia menjadi kurang aman buat kali ke-12 dalam tempoh 16 tahun yang lalu dengan tahap purata keamanan negara merosot sebanyak 0.56 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dikatakan, secara keseluruhan, keamanan bertambah baik melibatkan 65 negara dan merosot dalam 97 negara.

Bagi negara jiran yang lain pula, Vietnam berada di tangga ke-41 GPI 2024, diikuti oleh Indonesia (48), Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).

image is not available

Malaysia berada di tangga ketiga di rantau Asia Pasifik

Untuk rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga ketiga negara paling aman dengan kedudukan pertama adalah di New Zealand dan kedua ialah Singapura, manakala tempat keempat ialah Jepun dan kelima Australia.

Sebelum ini, menerusi GPI 2023, Malaysia menduduki tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada tahun lalu, Malaysia antara 20 negara paling aman di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang Singapura dan Jepun. 

Lagi fakta menarik untuk anda di sini: