Malaysia Duduki Tangga Ke-12 Dalam Senarai Jalan Raya Terburuk Di Dunia

4 Oct 2022 • 7:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Duduki Tangga Ke-12 Dalam Senarai Jalan Raya Terburuk Di Dunia

Malaysia tersenarai di kedudukan ke-12 daripada 59 negara bagi kualiti jalan raya yang terburuk di dunia, lapor Zutobi.

Data terbaru itu dikeluarkan oleh Zutobi iaitu sebuah syarikat pemandu berdasarkan kajian yang bertajuk ‘Worst and Best Roads-US and International Ranking’.

Berdasarkan kajian itu, kualiti jalan raya di Malaysia jatuh lebih lima peratus dalam tempoh lima tahun lau. Dengan merekodkan bilangan kematian pengguna jalan raya kedua tertinggi sebanyak nisbah 22.76 bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.

image is not available

“Lebih 22 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang telah berlaku di lebuh raya di Malaysia, sekali gus menjadi jumlah kematian kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi,” menurut data tersebut.

Dalam data yang sama juga menunjukkan negara Kuwait tersenarai sebagai negara yang memiliki jalan raya terburuk di dunia dengan diikuti negara Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Kajian berkenaan memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan sebanyak 3.32 daripada 10 mata. Pengumpulan mata itu berdasarkan empat faktor utama iaitu, kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian di jalan raya dan saiz relatif rangkaian di jalan raya.

Berdasarkan data itu lagi, negara Singapura berada di kedudukan pertama dalam kategori jalan raya terbaik di dunia dengan mencatatkan jumlah mata 9.44 daripada 10. Negara itu juga mencatatkan kadar kematian jalan raya paling rendah iaitu sebanyak 1.69 bagi setiap 100,000 penduduk.

image is not available