Malaysia Effie Awards 2026: Volvo Car Malaysia Cipta Sejarah Rangkul Grand Effie Pertama, Brand of the Year & Anugerah Emas Bersejarah

LocalCars
18 Sep 2026 • 5:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam satu kemenangan bersih yang belum pernah terjadi di Malaysia Effie Awards 2026, Volvo Car Malaysia telah melakar sejarah apabila merangkul anugerah berprestij Grand Effie, memenangi gelaran idaman Brand of the Year, dan muncul sebagai jenama automotif pertama dalam sejarah penganjuran anugerah tersebut yang membawa pulang anugerah Emas yang cukup eksklusif.

Pencapaian bersejarah ini menetapkan satu penanda aras baharu bagi keberkesanan pemasaran dan hubungan pengguna di Malaysia. Membolot anugerah tertinggi untuk impak kreatif serta hasil perniagaan yang nyata, Volvo Car Malaysia mendominasi pentas pada malam tersebut dengan kemenangan: 

  • Grand Effie: Selamat is Volvo
  • Brand of the Year: Volvo
  • Gold: David vs. Goliath (Situational)
  • Bronze: Automotive – Vehicles
  • Finalist: Multicultural – Products

Malam penuh rekod ini menutup tirai minggu yang cukup penting buat jenama ini, yang hadir sejurus selepas pelancaran SUV keluarga utamanya, evolusi Volvo EX90.

Image from: Malaysia Effie Awards 2026: Volvo Car Malaysia Cipta Sejarah Rangkul Grand Effie Pertama, Brand of the Year & Anugerah Emas Bersejarah

Mendefinisikan Semula Keselamatan Automotif: Kisah Selamat

Dilancarkan pada awal tahun ini, kempen pemenang anugerah ini berjaya mencuri tumpuan dalam landskap automotif yang padat dengan memperkenalkan apa yang disangka sebagai sebuah jenama kereta baharu bernama “Selamat“.

Bermula dengan pelekat penyamaran khas, paparan luar digital yang penuh teka-teki, dan perbincangan hangat di media sosial, pendedahan akhirnya memecah kebiasaan industri. Selamat bukanlah jenama EV pencabar baharu, sebaliknya ia adalah langkah Volvo memperbaharui janji keselamatan 60 tahun mereka kepada rakyat Malaysia.

Mengulas tentang falsafah teras kempen ini, Patricia Yaw, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia berkongsi: “Dalam pasaran yang sangat kompetitif di mana setiap jenama melaungkan kehebatan teknologi masing-masing, nilai keselamatan berisiko menjadi sekadar ‘satu lagi ciri’ — sering disebut, tapi jarang benar-benar dirasai. Objektif Selamat bukanlah sekadar untuk mencetuskan sebutan ramai, tetapi ia adalah usaha untuk meletakkan kembali nyawa manusia sebagai nadi utama mobiliti. Menerima pengiktirafan setinggi ini daripada Effies adalah satu penghormatan yang sangat besar. Ia membuktikan bahawa apabila kita mendekati penonton dengan empati, hubungan emosi itu akan secara semula jadi bertukar menjadi satu impak yang bermakna dan berpanjangan.”

Strategi ini menyentuh satu nilai budaya yang sangat mendalam. Walaupun perkataan Selamat adalah ucapan harian – disebut lebih 650 juta kali di seluruh negara melalui frasa seperti ‘Selamat Pagi’ dan ‘Selamat Jalan’—perkataan itu sendiri membawa maksud universal tentang keperluan keselamatan manusia. Volvo mengaitkan konsep ini dengan satu realiti yang menyedihkan: kemalangan jalan raya masih lagi menjadi salah satu punca utama kematian dalam kalangan belia di Malaysia.

Dalam berdepan realiti ini, kempen tersebut mengukuhkan satu mesej penting: Selamat mengingatkan kita bahawa keselamatan bukan hanya keadaan ketika semuanya berjalan lancar, tetapi juga jaminan perlindungan apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan. Walaupun banyak jenama boleh bercakap tentang keselamatan, Volvo Car Malaysia telah menghabiskan masa 99 tahun untuk membuktikan mereka berhak memegang gelaran tersebut.

Daripada bergantung kepada senarai ciri biasa atau jargon teknikal, Volvo membina naratif mereka berdasarkan realiti kehidupan manusia sebenar. Mesej beremosi ini berjaya meraih respons yang luar biasa sebanyak 90.8%, sekaligus memahat satu perkaitan yang tidak boleh disangkal: Selamat itu Volvo, dan Volvo itu Selamat. Dengan menyelami erti perlindungan sebenar bagi orang ramai, kempen ini berjaya membentuk hubungan yang cukup mendalam dengan rakyat Malaysia. Ia membuktikan bahawa keselamatan adalah nilai budaya yang dikongsi bersama, sekaligus mengangkat isu keselamatan jalan raya daripada sekadar kepatuhan undang-undang kepada satu budaya kebangsaan.

Sebuah Kemenangan Bersama

Bagi merealisasikan visi Selamat dan mencapai hasil yang luar biasa ini, Volvo Car Malaysia telah bekerjasama dengan barisan rakan agensi yang cukup mantap: Invictus Blue, Grey Malaysia, Dox Digital, Lab Activations, Directors Think Tank, dan Live Experience.

Graham Drew, Ketua Pegawai Kreatif Grey Malaysia berkata: “Matlamat kreatif kami adalah untuk menjadikan ‘Selamat‘ dan Volvo itu satu entiti yang tidak boleh dipisahkan. Selamat ialah perkataan yang sememangnya diketahui, digunakan, dan difahami secara naluri oleh rakyat Malaysia, manakala Volvo pula telah meluangkan masa berdekad-dekad untuk membina imej keselamatannya. Ideanya adalah untuk menggabungkan kedua-dua fakta ini dalam cara yang ringkas, mengejutkan, dan relevan dengan budaya kita — supaya pada akhirnya, Selamat itu Volvo, dan Volvo itu Selamat.”

Mengulas mengenai kedudukan strategik kempen ini, Jo Yau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Invictus Blue menambah: “Peranan kami adalah untuk mengambil idea kreatif yang hebat itu dan mengembangkannya secara strategik supaya penonton boleh menemuinya, berinteraksi, dan akhirnya bercakap tentangnya. Kami merancang pengaktifan media berdasarkan rasa ingin tahu dan perbualan, menggunakan kandungan, pencipta kandungan, serta pempengaruh untuk membina rasa ingin tahu tentang Selamat sebelum mengaitkannya kembali dengan Volvo. Dengan menggabungkan media, kandungan dan budaya, kami berjaya menjadikan idea ini sebagai perbualan yang tersebar secara organik, sekaligus meningkatkan kepopularan jenama ini.”

Sling Ng dari Directors Think Tank, tulang belakang yang menghidupkan naratif ini di layar menerusi filem jenama Selamat, berkongsi: “Visi kami adalah untuk menterjemahkan intipati ‘Selamat’ ini ke dalam bentuk visual. Memandangkan perkataan ini membawa makna yang cukup mendalam dalam kehidupan harian dan budaya kita, filem ini secara semula jadi lebih mudah menusuk ke jiwa penonton tempatan. Kami mahu merakam realiti ini di hadapan kamera, bagi memastikan penonton bukan sekadar melihat sebuah mesej tentang keselamatan. Sebaliknya, kami mahu mereka benar-benar merasai nilai emosi di sebalik Erti Sebenar Selamat buat rakyat Malaysia.”

Pembentukan idea itu diteruskan terus ke persekitaran fizikal dan digital, bagi memastikan mesejnya bukan sahaja dapat dilihat, tetapi benar-benar dirasai.

Ian Lim dari LAB Activations menekankan betapa pentingnya libat urus yang nyata: “Keselamatan selalunya kedengaran sekadar teori di atas kertas—sehinggalah anda melihatnya, menyentuhnya, dan merasainya sendiri. Daripada konvoi kereta penyamaran misteri yang mencuri tumpuan di seluruh Kuala Lumpur, sehinggalah kepada ketepatan pemanduan Selamat Driving Experience di Sepang dan realiti visual menggerunkan menerusi pameran sebuah Volvo XC90 yang remuk teruk akibat kemalangan, matlamat kami adalah untuk menjadikan perlindungan itu sesuatu yang boleh dirasai. Sebaik sahaja pemandu merasai sendiri tahap keselamatan tersebut di dunia nyata, Erti Sebenar Selamat tidak lagi perlu diterangkan, ia terus dirasai dari sudut emosi dan fizikal.”

Menyemarakkan lagi rasa ingin tahu di ruang maya, Razlan Rahman dari Dox Digital mencatatkan: “Dalam persekitaran digital di mana penonton pantas melangkau mesej-mesej jenama, fokus kami adalah untuk memupuk rasa tertanya-tanya yang sebenar. Kami mahu memacu perdebatan organik dan dialog komuniti berkenaan Selamat. Mewujudkan perbualan digital merupakan salah satu pendorong utama yang membantu mengubah kempen produk menjadi satu fenomena budaya yang berpanjangan.”

Sebagai pemenang mutlak Grand Effie, perjalanan kempen “Selamat is Volvo” mungkin bakal melangkah lebih jauh. Kemenangan bersejarah ini membuka peluang untuk kempen tersebut dipertimbangkan di pentas global, membawa potensi yang cukup mengujakan untuk berkongsi tafsiran unik rakyat Malaysia mengenai erti perlindungan kepada penonton antarabangsa.

Dengan Selamat terus kekal sebagai platform bertema jangka panjang buat Volvo Car Malaysia pada masa hadapan, jenama ini sudah pun bersedia untuk melangkah ke babak seterusnya. Rakyat Malaysia boleh menantikan lebih banyak inisiatif pendidikan, pengalaman acara yang imersif, serta kempen berteraskan matlamat yang direka khusus untuk memperjuangkan mobiliti yang lebih selamat serta kesejahteraan komuniti di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook menerusi bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved