Malaysia GT-R Festival 2025 Meriah di Gamuda Cove – GTR 42 Raih Anugerah Khas Tamura

LocalCars
3 Aug 2025 • 2:11 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Festival kereta berprestasi tinggi yang dinanti-nantikan, Malaysia GT-R Festival, telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah hujung minggu ini di Gamuda Cove. Acara ini menjadi medan pertemuan peminat GT-R dari seluruh pelusuk negara, menyatukan komuniti pemilik, pembina, dan pencinta jentera ikonik Nissan GT-R.

Pelbagai generasi termasuk model klasik R32, R33, R34 hinggalah jentera moden R35 berhimpun untuk meraikan warisan dan evolusi GT-R sebagai simbol kuasa dan teknologi dari Jepun. Festival ini bukan sekadar pameran statik, malah turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, sesi teknikal, serta kehadiran tetamu khas yang cukup dinantikan.

Kemuncak festival menyaksikan Hiroshi Tamura, tokoh tersohor Nissan dan figura utama di sebalik pembangunan R35 GT-R, hadir sebagai tetamu kehormat. Beliau turut menyampaikan sendiri anugerah khas pilihan peribadinya, “Tamura’s Choice”, kepada jentera GTR 42, yang mencuri perhatian dengan keseimbangan antara keaslian reka bentuk dan modifikasi berprestasi tinggi.

Berikut ialah senarai penuh pemenang utama:

  • Best DesignVCF 1177
    Reka bentuk yang mengekalkan keanggunan GT-R sambil disuntik elemen moden secara halus.
  • Best TuningPGT 1311 (Konthai DK)
    Jentera yang menonjol dari segi talaan enjin, sistem gantungan, serta prestasi keseluruhan yang dikira rapi.
  • Tamura’s ChoiceGTR 42
    Pilihan peribadi Hiroshi Tamura yang menggambarkan semangat GT-R sebenar dari segi karakter dan perincian.

Festival ini juga turut menampilkan sesi Bertemu dan Bersua Ayahanda GTR, Hiroshi Tamura. Dengan sambutan hangat dari peminat dan komuniti, Malaysia GT-R Festival sekali lagi membuktikan keunikan budaya automotif tempatan yang terus berkembang pesat.

Acara ini juga menjadi sebagai pra-permulaan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 yang bakal berlangsung di MITEC pada 8 hinggi 10 Ogos minggu hadapan.

Dapatkan tiket anda di laman sesawang https://www.tokyoautosalonkl.com/ sekarang.