Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

LocalPolitics
8 Jun 2023 • 1:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar (kanan) mengadakan pertemuan dengan Joko Widodo, yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia di Seri Perdana hari ini. - Gambar Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia pertama kali senada dalam usaha kedua-dua negara selaku pengeluar minyak sawit mempertahankan komoditi berkenaan yang berhadapan ancaman kempen anti sawit. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua kementerian dari kedua-dua negara di atas usaha sama mereka mencapai kata sepakat.

"Tahniah kepada kedua-dua Menteri kerana pertama kali satu suara mempertahankan kepentingan kelapa sawit," katanya semasa sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana, hari ini. 

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Dr Airlangga Hartarto telah menyertai misi bersama ke Kesatuan Eropah bagi melindungi kepentingan sektor minyak sawit kedua-dua negara.

Kunjungan itu adalah di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC). - Bernama


NJK NJK AA
 

Thursday , 08 June 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved