
Sejak Piala Dunia pertama dianjurkan pada tahun 1930, Malaysia tidak pernah layak ke temasya sepak bola terbesar dunia. Malahan tiada satupun wakil daripada Asia Tenggara pernah layak dengan Indonesia paling hampir dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Pagi ini ketika menyertai acara menonton perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Malaysia bercita-cita menjadi tuan rumah Piala Dunia pada masa depan. Beliau turut menyatakan impian untuk melihat skuad Harimau Malaya layak sebagai wakil Asia Tenggara dalam edisi tersebut.
Impian beliau ini adalah amat besar kerana sekiranya menjadi realiti, Malaysia akan menjadi antara dengan ranking paling rendah dalam sejarah menjadi tuan rumah. Pada ketika ini, skuad Harimau Malaysia di tangga ke-136 daripada 211 negara anggota FIFA. Rekod negara dengan ranking paling rendah menjadi tuan rumah ialah Rusia yang pada tahun 2018 berada di kedudukan ke-70 dalam senarai FIFA.
Negara dengan ranking paling rendah layak ke Piala Dunia ialah Korea Utara di kedudukan 105 di temasya 2010. Mungkin Malaysia boleh bekerjasama dengan negara jiran Asia Tenggara untuk mencerahkan harapan menjadi tuan rumah Piala Dunia di masa hadapan.
Pada Jun lalu, TMJ Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim juga telah menyatakan hasrat negeri Johor menjadi tuan rumah Piala Dunia kerana negeri Harimau Selatan tersebut mempunyai fasiliti bola sepak bertahap antarabangsa.


