Malaysia Jadi Inspirasi Kelab Bola Sepak Amatur Di Uruguay

18 Apr 2023 • 8:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Jadi Inspirasi Kelab Bola Sepak Amatur Di Uruguay

Siapa sahaja yang tidak bangga sekiranya negara sendiri dijadikan sebagai sumber inspirasi oleh negara-negara lain?

Walaupun hanya melihat bendera berkibaran di tempat selain tanah air, ia juga dapat menyemarakkan perasaan teruja dan keseronokan dalam kalangan masyarakat.

Umum mengetahui, dunia mempunyai lebih daripada 180 negara, jadi agak mustahil untuk sesebuah negara itu ‘menonjol’ melainkan ia memang negara yang dikenali ramiai.

Pun begitu, sesebuah negara itu boleh dikenali di serata dunia sekiranya mempunyai tarikan serta sejarah lampau yang membuatkan sifat ingin tahu meninggi dalam kalangan orang ramai.

Perkara sedemikian telah pun berlaku, di mana negara Uruguay menjadikan Malaysia sebagai sumber inspirasi untuk kelab bola sepak mereka sehingga nama juga dilihat seakan-akan sama.

Kelab amatur Uruguay guna nama Malaysia

Baru-baru ini tular di media sosial, apabila sebuah kelab amatur yang berpangkalan di Uruguay memilih untuk menggunakan nama Malasia FC bagi pasukan mereka.

Disebabkan itu, ia telah menarik perhatian rakyat di negara ini susulan bendera Jalur Gemilang sering dipaparkan selepas perlawanan dan di media sosial.

Kewujudan kelab itu disedari rakyat tanah air selepas negara tersebut berpaksikan Malaysia sebagai ilham dan inspirasi dalam mencipta lembaran kejayaan buat pasukan mereka.

Difahamkan, kelab bola sepak Malasia FC yang beraksi di Liga MVD telah ditubuhkan sekitar 2021, seperti yang ditulis Makan Bola.

Selain nama yang dijadikan inspirasi, kelab tersebut juga dilihat sangat aktif dalam mengibarkan bendera keramat Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Perkara itu dapat dilihat selepas pasukan terbabit selesai beraksi di padang bola.

image is not available
Kredit: rmalasiafc/Instagram

Tidak hanya itu, kelab tersebut turut menggunakan bendera tersebut di tempat-tempat yang sering dikunjungi pemain mereka.

Ia termasuk seperti dewan makan, bilik mesyuarat pasukan dan lain-lain.

Bahkan, kelab amatur itu juga mengambil inspirasi dari negara lain dalam menghasilkan logo pasukan tersebut.

Difahamkan logo kelab dan jersi mereka tercipta hasil inspirasi selepas melihat logo pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (USA).

Rakyat beri semangat

Inspirasi yang diambil oleh kelab Uruguay itu ternyata tidak sia-sia oleh kerana ia mendapat sokongan positif dan respon yang menggalakkan daripada masyarakat tanah air.

Rata-rata mereka meninggalkan komen-komen yang membina dengan menunjukkan semangat kepada kelab itu.

Semangat yang ditunjukan benar-benar melambangkan Malaysia, kerana tanah air itu terkenal dengan nilai-nilai murni seperti sikap yang suka menyokong, menolong dan sebagainya.

image is not available
Kredit: rmalasiafc/Instagram

Berikut merupakan komentar yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia apabila pasukan tersebut memaparkan bendera Jalur Gemilang di media sosial.

Ada juga di antara pemberi komen mahu kelab tersebut melakukan kolaborasi bersama pasukan Malaysia.

Ini kerana mereka mahukan hubungan dua hala dapat dicipta selain merapatkan ukhuwah sesama negara.

Sumber: @hafeizh29/Twitter, rmalasiafc/Instagram, Makan Bola

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved