Malaysia kecam pencerobohan berulang rejim Zionis di pekarangan Masjid Al-Aqsa

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia kecam pencerobohan berulang rejim Zionis di pekarangan Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan berulang rejim Zionis di pekarangan Masjid Al-Aqsa. Foto Agensi

PUTRAJAYA - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan berulang rejim Zionis di pekarangan Masjid Al-Aqsa sebagai provokasi melampau yang mencabul kesucian Al-Haram Al-Sharif.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama dan tanah suci ketiga umat Islam wajib dipertahankan.

"Sejarah membuktikan pencerobohan biadab ke atas Al-Aqsa sentiasa menjadi pencetus gelombang kebangkitan ummah. 

"Rejim Zionis tidak boleh dibiarkan menormalisasikan tindakan ekstremis ini yang berisiko menolak dunia ke kancah konflik global yang lebih rumit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan dengan itu, Zulkifli mendesak komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas serta-merta ke atas rejim Zionis dan bukan sekadar mengeluarkan retorik kecaman.

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya terus menyatukan saf solidariti dan memanjatkan doa Qunut Nazilah agar ALLAH SWT memelihara kesucian Masjid Al-Aqsa serta membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman kezaliman.

Sebelum ini, kira-kira 100 pendatang Israel dilaporkan menceroboh kompleks Masjid al-Aqsa pada Ahad di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel menjelang sambutan Yom Kippur. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved