Malaysia Kecam Serangan Asia Barat! Langgar Prinsip Kedaulatan & Integriti Wilayah

LocalPolitics
28 Feb 2026 • 10:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Iran dan serangan balas ke atas beberapa negara di Asia Barat, termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, dan Qatar hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa tindakan itu melanggar prinsip kedaulatan dan integriti wilayah, serta merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.

Malaysia Kecam Serangan Asia Barat

image is not available

“Tindakan ketenteraan seperti ini berisiko menambah ketidakstabilan di wilayah yang sudah rapuh dan membahayakan nyawa orang awam.
“Pada saat kritikal ini, semua usaha mesti diambil untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan implikasi yang menjejaskan kestabilan serantau serta membawa kesan global,” kata Wisma Putra hari ini.

image is not available

Malaysia menegaskan setiap pertikaian harus diselesaikan melalui dialog dan diplomasi, menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa.image is not available

Negara ini turut menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengambil tindakan segera dan tegas bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab diadili mengikut undang-undang antarabangsa.

Sumber: FB Wisma Putra

The post Malaysia Kecam Serangan Asia Barat! Langgar Prinsip Kedaulatan & Integriti Wilayah appeared first on Borak Daily.