Malaysia kecam serangan ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan

2 May 2024 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rejim Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan. Foto AFP

PUTRAJAYA - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, rejim Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan itu.

"Kegagalan untuk menyediakan laluan selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ini jelas menunjukkan rejim itu tidak peduli apabila penerokanya melakukan tindakan keganasan,” kata Wisma Putra.

Ia berkata masyarakat antarabangsa mempuyai tanggungjawab bersama untuk memastikan perlindungan orang awam dan memaksa Israel supaya segera menamatkan pendudukan haram dan keganasan terhadap warga Palestin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved