Malaysia kedua tertinggi di Asia Pasifik dalam kebimbangan terhadap jenayah digital - Tinjauan Kaspersky

LocalTechnology
13 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia kedua tertinggi di Asia Pasifik dalam kebimbangan terhadap jenayah digital - Tinjauan Kaspersky Image from: Malaysia kedua tertinggi di Asia Pasifik dalam kebimbangan terhadap jenayah digital - Tinjauan Kaspersky johardy13/08/2026 - 16:22 Ketua Saluran Pengguna APAC Kaspersky, Chee Choon Hong Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Malaysia berada di tempat kedua di Asia Pasifik (APAC) dari segi kebimbangan pengguna terhadap penggunaan teknologi digital untuk kegiatan jenayah pada kadar 38%, hanya di belakang Thailand pada 39% dan mengatasi Indonesia pada 35%.

 

Dapatan itu berdasarkan kajian B2C Pulse terbaharu yang dijalankan Kaspersky Market Intelligence, yang menunjukkan pengguna di APAC bukan sahaja lebih aktif menggunakan teknologi digital berbanding pengguna global, malah mempunyai tahap kesedaran lebih tinggi mengenai risiko jenayah dalam dunia digital.

 

Secara keseluruhan, 35% pengguna APAC menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan teknologi digital untuk jenayah berbanding 32% pengguna di peringkat global.

 

Selepas Thailand dan Malaysia, tahap kebimbangan tertinggi dicatatkan di Indonesia pada 35%, China (34%), India (32%) dan Vietnam (31%).

 

Kajian itu turut mendapati pengguna APAC mendahului pengguna global dalam beberapa aktiviti digital termasuk membeli-belah dalam talian pada 80% berbanding 71% di peringkat global, kewangan digital (72% berbanding 70%), hiburan digital (70% berbanding 62%) dan komunikasi digital (68% berbanding 61%).

 

Ketua Saluran Pengguna APAC Kaspersky, Chee Choon Hong berkata, apabila 77% penduduk APAC berada dalam talian dan dompet digital menyumbang kira-kira 70% daripada pembayaran dalam talian, keselamatan siber bukan lagi satu pilihan.

 

Ancaman mudah alih meningkat di APAC

Beliau berkata, rantau itu dijangka mempunyai 2.11 bilion pelanggan mudah alih menjelang 2030, menjadikan perlindungan data peribadi dan transaksi kewangan penting bagi mengekalkan kepercayaan terhadap ekonomi digital APAC yang berkembang pesat.

 

Ketika APAC semakin berkembang sebagai ekonomi digital yang mengutamakan penggunaan peranti mudah alih, Kaspersky berkata, pihaknya menyekat hampir 30,000 serangan mudah alih terhadap pengguna di rantau itu dalam tempoh tiga bulan pertama 2026.

 

India dan Indonesia merekodkan jumlah serangan mudah alih tertinggi, masing-masing sebanyak 18,187 dan 15,163 insiden.

 

Bagaimanapun, ancaman berkenaan turut meningkat dengan ketara di beberapa negara APAC. Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun antara suku pertama 2026 dan suku pertama 2025, telemetri Kaspersky mengesan peningkatan sebanyak 373% di Taiwan, Sri Lanka (132%), Thailand (127%), Bangladesh (108%), China (69%) dan Filipina (28%).

 

Choon berkata, peningkatan pesat serangan mudah alih di beberapa pasaran APAC mencerminkan perubahan pantas dalam tabiat digital pengguna di rantau ini.

 

Menurutnya, walaupun hampir 30,000 ancaman mudah alih yang dikesan dalam tempoh suku pertama kelihatan kecil berbanding saiz populasi digital APAC, jumlah itu mungkin hanya sebahagian kecil daripada ancaman sebenar.


 

solar

 


Telefon semakin jadi sasaran penjenayah siber

Beliau berkata, telefon mudah alih sering tidak dilindungi dengan tahap keselamatan yang sama seperti komputer peribadi walaupun peranti itu semakin menjadi pintu masuk kepada kehidupan kewangan, sosial dan profesional pengguna.

 

Seiring peningkatan ancaman mudah alih, Kaspersky berkata, aspek keselamatan juga perlu diletakkan lebih dekat dengan platform yang digunakan pengguna untuk menjalankan aktiviti digital mereka.

 

Satu daripada pendekatan yang berkesan ialah membina perlindungan secara langsung dalam aplikasi mudah alih dan bukan hanya bergantung kepada pengguna untuk memasang serta menyelenggara penyelesaian keselamatan berasingan pada peranti masing-masing. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved