'Malaysia kekal negara Islam, status tidak pernah gugur' - Mufti Wilayah Persekutuan

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Malaysia kekal negara Islam, status tidak pernah gugur' - Mufti Wilayah Persekutuan
Ahmad Fauwaz mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Beliau berkata, kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dapat dilihat dari sudut fiqhi, syarie, sejarah dan geografi.

“Malaysia adalah negara Islam secara fıkhi, syarie, sejarah dan geografi.

"Tidak pernah gugur status bumi ini daripada status negara Islam," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan dan tidak patut menjadi sebuah negara Islam yang dipengaruhi ekstremisme agama.

Jelas beliau, sebaliknya perlu terus berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan prinsip kepelbagaian masyarakat.

Katanya, penolakan terhadap ekstremisme agama tidak bermaksud masyarakat perlu menolak Islam, yang kekal sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved