Malaysia kekal tempat ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah

LocalPolitics
11 Feb 2025 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan

image is not available
Malaysia mengekalkan kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 dengan skor 50 mata

SHAH ALAM - Malaysia mengekalkan kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 dengan skor 50 mata, menurut laporan Transparency International Malaysia (TI-M) yang dikeluarkan pada Selasa.

Dari segi kedudukan negara ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua terbaik selepas Singapura yang merekod skor 84, dan berada di tangga ketiga daripada 180 negara.

**media[3003191]**

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, semakan semula hukuman penjara dan pengurangan denda selepas disabitkan oleh mahkamah tertinggi ke atas kes berprofil tinggi antara sebab-sebab kemungkinan skor Malaysia kekal sama.

Menurutnya, ia mewujudkan persepsi unsur campur tangan politik dalam badan kehakiman.

"Bilangan kes-kes DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) yang tinggi, diberikan untuk kes berprofil tinggi juga mewujudkan persepsi bahawa terdapat unsur campur tangan politik dalam badan kehakiman,"katanya dalam satu kenyataan.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved