Malaysia kemuka cadangan baharu projek HSR KL-Singapura selepas peroleh keputusan - PM Anwar

Politics
4 Aug 2023 • 3:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia kemuka cadangan baharu projek HSR KL-Singapura selepas peroleh keputusan - PM Anwar

zulfadli

04/08/2023 - 15:29

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada republik berkenaan selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk perhatian Singapura.

"Itu belum… baru peringkat kita, sebaik ada keputusan awal baharulah akan diangkat oleh menteri, Anthony Loke kepada perhatian Singapura," kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, Bernama melaporkan.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di ibu negara pada 4 Ogos 2023. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat, negara itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek berkenaan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved