Malaysia kesal Majlis Keselamatan PBB gagal lulus resolusi gencatan senjata Gaza

LocalPolitics
5 Jun 2025 • 11:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi satu resolusi yang menyeru kepada gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa sekatan di Gaza, di ibu pejabat PBB di New York City pada Rabu. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Malaysia kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi yang menggesa gencatan senjata serta-merta dan berkekalan di Gaza, serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata, resolusi tersebut telah menerima sokongan majoriti jelas daripada negara anggota, namun gagal diluluskan akibat penggunaan kuasa veto.

"Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang membunuh orang awam, tindakan genosid dan menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang.

"Masyarakat antarabangsa perlu meneruskan usaha-usaha untuk memastikan keamanan,

keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.

Malaysia turut menegaskan bahawa penyelesaian yang adil dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan ini kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia serta selaras dengan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan rakyat Palestin. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved