Malaysia komited perkukuh kerjasama antarabangsa demi kesejahteraan bersama

17 Feb 2025 • 7:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar semasa pertemuan dengan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP), Armida Salsiah Alisjahbana, pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menekankan perkara itu dalam pertemuan dengan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP), Armida Salsiah Alisjahbana, pada Isnin.

Anwar berkata, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan UNESCAP dan badan antarabangsa lain, bagi memastikan pembangunan ekonomi dan sosial di Asia-Pasifik terus diperkasakan.

"Perbincangan ini juga selari dengan aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, yang menekankan keterangkuman dan kemampanan sebagai teras utama dalam agenda serantau,” kata beliau menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

UNESCAP adalah satu daripada lima suruhanjaya serantau PBB yang mempromosikan pembangunan inklusif, berdaya tahan dan mampan.

Suruhanjaya itu terlibat dengan ASEAN melalui pelbagai inisiatif seperti bengkel promosi pelaburan dan projek pelaburan hijau. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved