Malaysia komited pulih industri koko

LocalBusiness & Finance
27 May 2025 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sisca Humphrey

Kota Kinabalu: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengulangi komitmen Malaysia untuk menggiatkan semula industri koko negara dengan penekanan pada kelestarian, inovasi dan eksport berasaskan nilai tambah.

Berucap semasa pelancaran rasmi Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin, Johari berkata Malaysia perlu bertindak segera untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat, khususnya terhadap koko asal Borneo.

“Malaysia merupakan antara lima negara pengisar koko terbesar di dunia, memproses 370,000 tan biji koko setahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Walaupun kita mengimport hampir 500,000 tan, kita telah mengeksport produk berasaskan koko bernilai RM15 bilion pada 2024. Ini membuktikan kekuatan kita terletak pada penciptaan nilai,” katanya.

Johari mendedahkan bahawa syarikat makanan gergasi global, Nestlé, menunjukkan minat tinggi untuk mendapatkan koko khusus dari Borneo, termasuk untuk siri KitKat Borneo.

“Mereka bertanya berapa banyak yang kita boleh bekalkan dan komited untuk membeli kesemuanya. Cabarannya sekarang adalah untuk meningkatkan pengeluaran tempatan yang masih di bawah 500 tan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan memperluas tanaman koko melalui penebangan hutan, sebaliknya memberi tumpuan kepada penanaman mampan, peningkatan hasil melalui amalan pertanian baik, serta pemerkasaan pekebun melalui sistem ketelusaan dan pensijilan tanah.

“Kita sedang membangunkan Sistem Kebolehkesanan Koko Kebangsaan untuk memenuhi piawaian global seperti Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR). Matlamat kita adalah untuk memastikan ketelusan penuh dari ladang ke eksport,” tambahnya.

Johari turut menyeru pekebun kecil supaya mendaftar di bawah Persatuan Pekebun Koko Malaysia bagi membolehkan mereka diperakui dan menyertai program yang disokong kerajaan.

“Kira-kira 85 peratus pekebun kecil sudah patuh kepada rangka kerja kelestarian. Kita akan membantu selebihnya untuk mencapai tahap tersebut.”

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Matbali Musah berkata MICF 2025 merupakan acara koko terbesar pernah dianjurkan di negara ini dan menjadi platform penting untuk merapatkan semula hubungan dengan komuniti koko global selepas lebih sedekad.

“Dengan kehadiran lebih 1,000 delegasi dan 160 reruai dari lebih 20 negara, MICF bukan sekadar pameran, tetapi juga platform strategik untuk mempamerkan kemajuan Malaysia dalam bidang kelestarian, penyelidikan, pertanian pintar dan pengeluaran coklat premium,” katanya dalam ucapan alu-aluan.

Matbali menekankan bahawa MICF bukan sahaja merangkumi pameran dan persidangan, tetapi juga Makan Malam Gala Koko serta lawatan teknikal ke ladang koko di Ranau, memberikan peserta antarabangsa gambaran lebih dekat tentang sumbangan Sabah dalam rantaian nilai koko.

Beliau turut memuji sokongan Kementerian, Kerajaan Negeri dan rakan kongsi swasta kerana berjaya menghimpunkan 26 negara dan memajukan ekosistem koko negara.

Ketika Malaysia menyasarkan eksport lebih besar koko asal tunggal, berperisa premium dan organik, Johari dan Matbali sama-sama menyeru kerjasama industri yang lebih kukuh bagi menjadikan negara sebagai sumber utama koko premium yang lestari di peringkat global.

“Marilah kita berganding bahu membina industri koko yang berdaya tahan, yang memperkasakan pekebun, mengangkat komuniti, dan selari dengan kehendak iklim dan perdagangan global,” kata Johari.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.