Malaysia Kukuh Kerjasama, Arab Saudi & Kazakhstan Minat Teroka Aspek Penyelenggaraan Jalan

Politics
4 Oct 2023 • 11:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyatakan Malaysia kini sedang memperkukuhkan lagi kerjasama strategik bersama kerajaan Arab Saudi dan Kazakhstan.

Malaysia kukuh kerjasama, Arab Saudi berminat

Alexander berkata, kedua-dua negara berkenaan berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam aspek keselamatan serta penyelenggaraan jalan raya. Ini termasuklah kempen MYJalan yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia.

Menerusi kenyataan, beliau berkata Arab Saudi telah pun menyatakan persetujuan menerokai lebih banyak ruang dan peluang kerjasama dalam bidang berkenaan.

Katanya, pertemuan bersama delegasi Arab Saudi membolehkan mereka berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara dalam aspek keselamatan dan penyelenggaraan jalan di kedua-dua negara.

“Kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung usaha ini dalam masa terdekat. Justeru, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berhubung lanjut bagi meneroka ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan demi kebaikan bersama.
“Saya juga telah menyatakan sokongan Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Arab Saudi dalam usaha membida sebagai penganjur Ekspo Dunia 2030,”katanya.

image is not available

image is not available

Bawa masuk kepakaran Malaysia ke Kazakhstan

Pertemuan Alexander bersama Menteri Pengangkutan Kazakhstan, Marat Karabayey berkata, mereka berminat untuk membawa masuk kepakaran Malaysia dalam membina, membangun dan menguruskan infrastruktur pelabuhan ke republik tersebut.

Ini jelas membuktikan Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan sehingga berjaya menarik perhatian negara luar.

“Kita harap kerjasama ini dapat direalisasikan dan membuka peluang pelaburan kepada kedua-dua negara,” katanya lagi.

image is not available

Katanya lagi, beliau akan membawa cadangan tersebut untuk dibincangkan di peringkat kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dipertimbangkan di peringkat kabinet.

Pertemuan berlangsung sempena Kongres Jalan Sedunia ke-27 2023 anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) yang berlangsung di Prague, Republik Czech.

View Original Article