Malaysia Luluskan Pelaburan RM426.7 Bilion Pada 2025 – PM Anwar

LocalBusiness & Finance
6 Mar 2026 • 3:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah pada tahun 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap hala tuju ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa jumlah pelaburan yang diluluskan tahun lalu mencecah RM426.7 bilion, meningkat 11% berbanding tahun 2024.

Sebanyak 8,390 projek pelaburan telah diluluskan sepanjang tahun tersebut, dengan potensi mewujudkan kira-kira 244,902 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Pelaburan domestik kekal menjadi penyumbang utama dengan nilai RM219.6 bilion, mewakili 51.5% daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan.

Dalam masa sama, pelaburan asing mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 20.9% kepada RM207.1 bilion, mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi, kejelasan dasar serta prospek pertumbuhan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved