Saya dan keluarga amat teruja bila melintasi Laman MALAYSIA MADANI yang strategik di suatu bukit yang kehijauan semasa meninjau keindahan Taman Botani Putrajaya. Masih segar diingatan saya, Malaysia MADANI ialah kerangka dasar pemerintahan negara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari 2023. Ia menekankan pembagunan mampan, tadbir urus baik & keharmonian masyarakat berbilang kaum, menggabungkan kemajuan fizikal dengan nilai-nilai kerohanian, dan etika.MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia untuk menangani cabaran moden. Terjemahan Malaysia MADANI dalam Bahasa Inggeris ialah ‘Civilised Malaysia’. (www.malaysiamadani.gov.my)
Menurut huraian dari Perdana Menteri, “Enam nilai teras Malaysia MADANI ialah Kemampanan - kualiti hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berdasarkan ilmu, pengetahuan dan kearifan tempatan; Kesejahteraan - ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan pelbagaian pandangan; Daya Cipta - Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia; Hormat - Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia; Keyakinan - menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan; dan, Ihsan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.” (www.pmo.gov.my>membangun-malaysia-MADANI<)

Enam teras tersebut telah di pamirkan tersergam jelas di Laman MALAYSIA MADANI di Taman Botani Putrajaya. Malah pengangkutan kami TRENBO singgah seketika bagi membolehkan para pelawat untuk bergambar. Saya difahamkan oleh Pilot TRENBO Sdr Roslan “Laman ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, pada 12 Ogos 2025, sebagai manifastasi nyata gagasan negara yang inklusif dan lestari. Laman ini ialah suatu ruang landskap ikonik yang menggabungkan elemen, seni bina unik, alam & enam teras nilai MADANI sebagai pendidikan interaktif.”

Saya bersetuju dengan fungsi laman ini yang bertujuan memberi kefahaman kepada penggunjung tentang nilai murni MADANI dalam kehidupan seharian. Landskap yang indah dengan elemen budaya & kehijauan, menjadikan tempat yang tenang untuk santai dengan keluarga, sanak saudara & rakan sekerja.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
