‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 4:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026

‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026

Kerajaan hari ini mengumumkan tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 iaitu ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tema itu mencerminkan aspirasi kerajaan untuk membina sebuah negara yang lebih maju, inklusif dan sejahtera berlandaskan gagasan Malaysia MADANI.

Menurut beliau, tema berkenaan menekankan kepentingan nilai keadilan, kemanusiaan dan kebajikan agar kesejahteraan negara dapat dinikmati secara adil serta menyeluruh oleh seluruh rakyat.

“Berpaksikan nilai-nilai keadilan, kemanusiaan dan kebajikan, tema ini menegaskan bahawa kesejahteraan negara hendaklah dinikmati secara saksama oleh semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian,” katanya.

Baca juga:

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan yang disiarkan menerusi Facebook hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 akan dimulakan dengan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 18 Julai ini di Perak.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan pula dijadual berlangsung pada 31 Ogos di Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia akan diadakan pada 16 September di Sarawak.

Menurut beliau, sepanjang Bulan Kebangsaan pelbagai program pengisian akan dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara.

Antara program yang dirancang termasuk Kembara Bahasa HKHM, Quran Hour, 1Rumah 1Jalur Gemilang (1R1JG), Ambang Merdeka, Kira Detik Merdeka, RIUH Merdeka serta Majlis Memperingati Negarawan.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual program dan aktiviti menerusi Portal Rasmi Merdeka360 yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved