“Malaysia MADANI Menekankan Nilai Hormat-Menghormati..” – JAKIM Beri Teguran Tegas

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jakim

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimiee tampil bersuara susulan isu kontroversi melibatkan penyampai radio Era FM.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, JAKIM menegaskan setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka baik secara lisan, tulisan, perbuatan, mahupun di platform media sosial.

JAKIM tegur tindakan persenda agama

image is not available

Ujar beliau, sebagai negara yang berbilang kaum dan agama, Malaysia Madani amat menekankan nilai hormat menghormati, toleransi dan kesejahteraan bersama.

Sikap memperlekeh atau mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat.

JAKIM mengingatkan masyarakat supaya menjaga sensitiviti agama dalam setiap tindakan yang dibuat seperti mana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

JAKIM menyeru agar semua pihak sentiasa mengamalkan sikap saling memahami dan bertoleransi. Prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua harus dijadikan panduan bagi memastikan keamanan dan perpaduan terus terpelihara di negara ini.

Kenyataan penuh

image is not available

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: JAKIM | Malay Mail photo


The post

appeared first on

.