
Ekonomi Madani yang dizahirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk pencapaian matlamatnya dalam jangkamasa 10 tahun lagi. Masakini kita berada dalam tahun 2023 dan Ekonomi Madani dapat dinimati keberhasilannya pada tahun 2033. Fukusnya, eloklah pada anak-anak berusia 11 tahun dalam Darjah 5 di pelbagai sekolah kerana mereka akan mencapai umur 21 tahun ketika di tahun akhir pengajian di universiti atau yang akan bekerja dengan kerajaan atau swasta atau menjadi usahawan.
Anak-anak perlu diajar untuk memahami falsafah dan amalan Malaysia Madani sejak dari kecil lagi oleh keluarga, ibu-bapa dan guru-guru di setiap sekolah rendah dan menengah serta menjadi pengajian utama di kolej dan universiti. Sebenarnya, buluh pun boleh dimakan. Tapi bukanlah makan buluh yang besar dan keras tu. Buluh yang dimaksudkan ialah buluh ketika masih muda atau dipanggil rebung. Antara hidangan masakan rebung yang enak ialah masak lemak rebung. Memanglah menjadi suatu sajian istimewa di kampung.
Sejajar maksud peribahasa "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya" setiap ibu-bapa dan guru-guru digalakkan membentuk anak-anak mereka ketika kecil kerana diwaktu inilah minda kanak-kanak mudah untuk menerima teguran serta pembelajaran baru. Inilah sebaik-baik ilmu harus diajar ketika mereka masih kecil, kerana apabila sudah menjangkau umur remaja dan menjejak kaki di universiti atau telah bekerja maka susahlah hendak dilentur dan ditegur. Guru-guru pra-sekolah dan sekolah rendah boleh membimbing anak bangsa kita bukan sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak agar keberkesanan dalam pengajaran Malaysia Madani dapat dirasai dan diguna-pakai oleh anak didik.
Berdasarkan 50 tahun pengalaman sebagai seorang profesional pengurusan sumber manusia, saya telah perhatikan bahawa setiap pekerjaan pasti ada kaedah perlaksanaannya. Seorang jurutera bangunan mestilah mahir tentang selok-belok berkaitan kejuruteraan bangunan agar bangunan yang dibina mengikut spesifikasi yang telah ditatapkan. Begitu juga dengan seorang doktor yang kepakarannya dalam bidang pembedahan jantung. Apabila ingin melakukan pembedahan jantung, semestinya dia telah mengetahui terlebih dahulu kaedah dan prosedur perlaksanaannya, agar pembedahan yang akan dilaksanakan mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan dan tidak berisiko kepada pesakitnya.
Begiyu juga halnya dengan seorang guru yang mana ada kaedah-kaedah tertentu yang mesti diguna-pakai bagi menghasailkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah agar objektifnya tercapai dengan berkesan. Guru yang hebat pasti ada gayanya yang tersendiri dalam melayani kerenah persekitaran baru dan anak-anak didik yang sentiasa berubah-ubah mengikut zamannya. Kaedah yang digunakan guru 10 tahun lalu belum tentu sesuai diguna-pakai pada zaman sekarang atau 10 tahun akan datang.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.



