Malaysia Mahu Kurangkan Jejak Karbon Dalam Pengangkutan Komersial, Persendirian

LocalPolitics
6 Dec 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia berusaha mengurangkan jejak karbon dalam sektor pengangkutan komersial dan persendirian, selaras dengan matlamat kemampanan dan agenda peralihan tenaga negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengangkutan kekal sebagai penyumbang utama kepada pelepasan gas rumah hijau, menjadikannya sektor kritikal dalam pelan peralihan tenaga negara.

"Malaysia telah mencatat kemajuan signifikan dalam mempromosikan kenderaan elektrik (EV), membangunkan infrastruktur pengecasan, dan merangka amalan lestari dalam sektor automotif,” katanya semasa merasmikan Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), kelmarin.

image is not available

Sebanyak RM4.95 bilion diperuntuk dalam Belanjawan 2025 kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Ia adalah langkah penting untuk memacu Pelan Peralihan Tenaga Negara dan memperkukuh tenaga boleh diperbaharui.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved