
DOHA - Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI), sekali gus merebut insentif transformasi digital berjumlah 9 billion Qatar riyal (RM1=0.77 sen Qatar) yang diumumkan negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman insentif berkenaan amat disambut baik, yang dilihat selari dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan sektor AI di Malaysia.
"Ya, tumpuan kita adalah bekerjasama dengan Qatar dalam bidang AI. Contohnya, Qatar mempunyai institut penyelidikan AI.
"(Justeru) saya telah minta (Menteri Pendidikan Tinggi) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya ambil tindakan susulan dengan rakan sejawatnya iaitu Menteri Pendidikan Qatar," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media bagi mengakhiri siri lawatan beliau ke negara Asia Barat itu, pada Selasa.
Terdahulu pagi ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani ketika Forum Ekonomi Qatar mengumumkan insentif transformasi digital bernilai kira-kira sembilan bilion riyal Qatar untuk ditawarkan, termasuk dalam bidang AI.
AKAN MENYUSUL


