Malaysia melangkah setaraf dunia, lancar AI & LLM pertama hasil anak tempatan – PM Anwar

LocalTechnology
12 Aug 2025 • 10:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peluncuran ILMU, kecerdasan buatan (AI) merangkap Model Bahasa Besar (LLM) pertama negara yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan melalui YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di Facebook beliau sempena Sidang Kemuncak ASEAN AI yang berlangsung hari ini.

“Di pentas Sidang Kemuncak ASEAN AI, saya berpeluang menyaksikan satu detik bersejarah dengan peluncuran ILMU yakni kecerdasan buatan (AI) merangkap Model Bahasa Besar (LLM) pertama negara, yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan melalui YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya, diperkaya dengan konteks, nilai, dan budaya Malaysia.
“ILMU bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi cerminan identiti, suara, dan aspirasi negara dalam era AI,” kata Anwar.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Malaysia melangkah setaraf dunia

Menurut beliau, peluncuran ILMU menandakan Malaysia bukan lagi sekadar pengguna teknologi, sebaliknya sudah mampu membangunkan teknologi bertaraf dunia hasil kepakaran anak bangsa.

image is not available

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan peluncuran ILMU semasa Sidang Kemuncak AI ASEAN di MITEC, Kuala Lumpur. 12 Ogos 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CREDIT

ILMU yang dirangka untuk memahami, menghormati, dan meraikan kepelbagaian rakyat itu diyakini akan membuka ruang baharu dalam pendidikan, perkhidmatan awam, dan inovasi industri.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Peluncuran tersebut, jelas Anwar, turut menzahirkan tekad Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi inklusif, beretika, dan berpaksikan nilai-nilai MADANI demi kemakmuran rakyat, kemajuan ekonomi, serta memperkukuh kedudukan strategik negara di persada dunia.

Sumber: FB Anwar Ibrahim