
Adakah pandemik Covid-19 sudah berakhir? Jawapannya tidak tetapi Malaysia di landasan yang betul untuk ia diberikan status endemik. Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia mengumumkan negara mencatatkan sifar kes kematian disebabkan oleh Covid-19 semalam buat pertama kali sejak 18 Disember 2020. Kes kematian pertama Covid-19 negara berlaku pada 17 Mac 2020.
Today, for the first time since 18th December 2020, Malaysia will be reporting 0 deaths due to COVID-19.
Our ongoing transition to endemicity has been calibrated and data-driven. Let us pray it continues paying off.
(@Khairykj) June 19, 2022
Sejak pandemik bermula, Malaysia mencatatkan 35,732 kematian dan 4,504,415 juta kes jangkitan Covid-19. Walaupun sifar kematian dilaporkan, Malaysia masih mencatatkan 1680 kes baharu sehingga semalam. Kombinasi vaksinasi dan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka berjaya menjadikan Malaysia antara negara yang berjaya menangani pandemik ini dengan baik.


