Malaysia Menyasarkan Miliki Tapak Pelancaran Roket Menjelang 2029 – Pertama Di Asia Tenggara

WorldSpace
21 Sep 2025 • 9:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kini berkongsi mengatakan Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai tapak pelancaran roket tersendiri, seawal menjelang 2029 kelak. Langkah ini dilihat selari dengan Dasar Angkasa 2030.

image is not available

Buat masa ini, cadangan melibatkan tiga lokasi cadangan, melibatkan lokasi di Pahang, Sarawak dan Sabah. Lokasi akhir belum ditentukan lagi. Laporan kajian kebolehlaksanaan telah pun diselesaikan, dan kini dalam proses penilaian laporan berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang syarikat luar ingin bekerjasama, maka mereka perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan, serta mendapatkan persetujuan kerajaan negeri.

Tapak pelancaran roket di Malaysia dijangka memberikan sejumlah kelebihan, termasuk kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa yang membolehkan pelancaran roket dilakukan dengan menjimatkan kos bahan api dan dengan lebih efisien lagi berbanding lokasi lain seluruh dunia. Langkah ini juga dijangka memberikan perkembangan sihat dalam arena aeroangkasa dan kejuruteraan di Malaysia.