Malaysia-Mesir Komited Eratkan Kerjasama, Teroka Potensi Industri Baharu - PM Anwar

Politics
28 Feb 2023 • 7:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim mengadakan panggilan video bersama Abdel Fattah al-Sisi semalam. - Gambar dari Twitter @anwaribrahim

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Mesir komited untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama dua hala, selain meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata dalam perbincangan menerusi panggilan video bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini, kedua-dua negara menekankan komitmen untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin.

“Perbincangan kami menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia. Mesir merupakan salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, di rantau Afrika,” katanya menerusi satu perkongsian di Twitter. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved