Malaysia meterai perjanjian dengan ARM, bakal lonjak industri teknologi dan AI

LocalTechnology
6 Mar 2025 • 2:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia kini memasuki era baharu dalam industri teknologi tinggi selepas menandatangani perjanjian strategik dengan ARM Holdings, gergasi reka bentuk cip global.

Perjanjian ini bukan sekadar mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI), tetapi juga menandakan negara sebagai hab inovasi teknologi di rantau ini.

image is not available

Kerjasama dengan ARM bakal lonjak teknologi

Majlis pelancaran berkenaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingan inisiatif ini dalam menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam arena teknologi global.

“Inisiatif ini bakal menyaksikan lahirnya mikrocip ‘Made by Malaysia’, satu pencapaian yang mencerminkan daya inovasi anak tempatan dalam bidang berteknologi tinggi,” kata Anwar.

image is not available

Kerjasama dengan ARM ini tercetus pada persidangan KL20 tahun lalu

Sementara itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menjelaskan bagaimana kerjasama ini tercetus selepas perbincangan dengan ARM pada persidangan KL20 tahun lalu.

“Malaysia perlu bergerak dari hanya terlibat dalam pemasangan cip kepada reka bentuk IC yang bernilai tinggi. Kita tidak boleh sekadar mengejar teknologi, tetapi perlu melakukan technological leapfrogging,” katanya.

ARM akan latih 10,000 jurutera tempatan

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, ARM akan melatih 10,000 jurutera tempatan dan membantu membangunkan ekosistem semikonduktor Malaysia, termasuk membina rantaian bekalan teknologi AI, IoT, robotik dan kenderaan autonomi.

Kerajaan menyasarkan menjelang tahun 2030, syarikat tempatan dapat mengeksport cip rekaan sendiri sehingga RM1.2 trilion, menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri ini di peringkat global.

“Inilah masanya, tempatnya, dan orang yang tepat untuk Malaysia merebut peluang ini,” tambah Rafizi.

image is not available

Malaysia MADANI menuju cemerlang

Kerjasama tersebut telah mendapat respon yang positif daripada pengguna media sosial apabila masing-masing meluahkan rasa syukur dengan kemajuan teknologi yang kian pesat membangun di Malaysia.

image is not available

Hala tuju kian jelas dibawah kepimpinan Anwar

image is not availableIni baru betul!

image is not available

Oleh itu, dengan adanya langkah ini, Malaysia bukan sahaja akan menjadi hab inovasi teknologi serantau tetapi juga membina masa depan yang lebih mampan dalam industri semikonduktor dan AI.