Malaysia naik 11 anak tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025, hasil reformasi kerajaan MADANI

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 6:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia mencatat lonjakan mengagumkan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23, sekali gus menjadi pencapaian terbaik negara sejak lima tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lonjakan itu mencerminkan keyakinan global terhadap kestabilan, reformasi dan arah tuju ekonomi negara hasil usaha konsisten memperkukuh struktur ekonomi serta memacu pembaharuan.

image is not available

image is not available

Malaysia naik 11 anak tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau menegaskan, pencapaian itu adalah hasil komitmen bersama antara kerajaan, industri dan rakyat.

“Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025. Ini adalah lonjakan terbaik sejak lima tahun lalu yang mencerminkan keyakinan global terhadap kestabilan, reformasi dan arah tuju ekonomi negara.

image is not available

image is not available

“Di sebalik pencapaian ini ialah usaha konsisten kita memperkukuh struktur ekonomi dan memacu pembaharuan. Ia cerminan komitmen bersama kerajaan, industri dan rakyat untuk membawa Malaysia ke tingkat tertinggi,” katanya.

image is not available

Dalam satu lagi kenyataan, Anwar menyifatkan pencapaian tersebut sebagai bukti reformasi Kerajaan MADANI semakin menunjukkan hasil.

“Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta.

“Prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif serta mampan.

“Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. Ia antara asas penting dalam perjalanan kita meletakkan negara dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan lebih cerah untuk anak kita,” katanya lagi.

image is not available

Untuk rekod, tahun lalu Malaysia berada pada tangga ke-34 dalam laporan yang diterbitkan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) berpangkalan di Switzerland. Laporan tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa sub-faktor termasuk ekonomi domestik, perdagangan antarabangsa, harga, produktiviti dan pasaran buruh.

Anwar menyifatkan kejayaan ini sebagai petanda jelas Malaysia berada di landasan yang tepat menuju sasaran menjadi antara ekonomi paling berdaya saing dalam tempoh kurang sedekad.

Sumber: FB Anwar Ibrahim