Malaysia negara ketiga teratas dunia ketagih telefon pintar

30 Jun 2023 • 5:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Senarai yang dikongsikan 'World of Statistics' menunjukkan Malaysia menghuni tangga ketiga dunia dari segi kadar ketagihan penggunaan telefon pintar.

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Malaysia menjadi tiga negara teratas dunia yang kadar ketagihan penggunaan telefon pintar tertinggi dalam kalangan rakyatnya.

'World of Statistics' menerusi Twitternya mendedahkan, Malaysia berada di belakang China dan Arab Saudi bagi kadar ketagihan penggunaan telefon pintar tersebut.

Sebanyak 21 buah negara tersenarai dalam senarai yang dikongsikan berkenaan.

**media[2249171]**

Brazil, Korea Selatan dan Iran pula masing-masing menghuni tangga empat, lima dan enam.

Ia diikuti Kanada, Turki, Nepal, Mesir, Itali, Australia, Israel, Serbia, Jepun, United Kingdom, India, dan Amerika Syarikat.

Tiga negara terbawah yang disenaraikan pula adalah Romania, Nigeria dan Belgium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved