Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

Politics
17 Jun 2024 • 9:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dinyatakan ketika beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat dari Pakistan, Shehbaz Sharif, hari ini.

"Saya turut memuji Perdana Menteri Shehbaz atas keberanian beliau memposisikan kedudukan Pakistan terkait kemelut di Gaza.

"Seharusnya pemimpin Islam negara lain perlu terus mengukuhkan sokongan dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan, selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza," katanya dalam hantaran melalui Facebook.

Selain itu, Anwar memaklumkan bahawa mereka merancang untuk bertemu di ibu negara Pakistan, Islamabad, dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuh.

Melalui panggilan telefon itu, Anwar dan Shehbaz turut berbalas ucapan selamat menyambut Aidiladha, selain mendoakan kesejahteraan bersama dan keluarga serta rakyat kedua-dua negara. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved