Malaysia, Perancis tingkat kerjasama bidang AI, pertahanan - Anwar

LocalPolitics
22 Feb 2025 • 12:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri sewaktu mengadakan panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Jumaat. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Perancis senada untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi dan tenaga selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai menerusi perbualan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat, selain turut menyingkap perkembangan hasil pertemuan ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada 19 November lepas.

"Saya turut menyatakan penghargaan kepada Macron atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini.

"Kami juga sepakat untuk mencari jalan penyelesaian isu berkaitan Myanmar dalam mewujudkan keamanan di negara itu menggunakan pendekatan diplomatik yang bersesuaian,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar turut menyatakan kesediaan kerajaan menerima kehadiran Macron dan delegasi ke Malaysia pada Mei ini, dalam usaha meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved