Malaysia perkuat agenda mobiliti hijau, sokong pertumbuhan ekonomi mapan - PM

LocalCars
9 Dec 2025 • 1:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar semasa majlis penyerahan kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen Toyota Mirai di Putrajaya. Foto Pejabat Perdana Menteri.
image is not available
Anwar semasa majlis penyerahan kenderaan FCEV, Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Foto Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri pada Selasa menerima kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) hidrogen Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menandakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon serta pertumbuhan ekonomi bagi masa depan lebih mapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar serta hala tuju Malaysia khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.

**media[3366200]**

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, penyerahan kenderaan itu juga akan merancakkan kerjasama rentas sempadan dan memacu inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara.

"Kerajaan Madani akan terus menerajui peralihan serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar dalam memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia menghadapi keperluan masa depan, tetapi turut menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang,” katanya. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved